Layari

Layari (jenama)

Layari (kategori)

Tentang Kami

 

Kedai Rakan Produk Muslim (KRPM) merupakan sayap pengedaran Produk Halal Muslim yang didokong oleh para pengeluar dan pengedar Produk Halal Muslim di seluruh negara.

Dalam usaha untuk mempermudahkan produk Halal sampai ke tangan pengguna yang memerlukan, rangkaian KRPM ditubuhkan agar pengedaran menjadi lebih teratur dan efisien. Kesepakatan dalam pelaksanaan amanah menjadi teras utama dalam kejayaan KRPM.

Sama ada Vendor, Ejen atau KRPM sendiri sama - sama menggalas amanah ini demi memastikan Produk Halal Muslim menjadi satu item mudah milik dan sekaligus memastikan Ekonomi Halal terus maju dan berkembang.

Bersama membangun ekonomi ummah !